Hari ini tidaklah sesibuk beberapa minggu yang lepas. Bos pergi bercuti. Dan di wad tiada pesakit untuk aku jaga. (Okay tipu ada satu pesakit yang dimasukkan kembali ke hospital selepas dirujuk dari hospital awam Bundaberg). Sudah menjadi kebiasaan aku apabila sudah selesai semua kerja-kerja wad selepas morning round aku akan memerap dalam bilik office sambil melayari beberapa laman web yang aku ikuti "almost religiously". Adalah juga bibit-bibit sesal, terfikir juga halal haram rezeki, tapi bila aku mulakan soal jawab dalam kepala, ternyata duduk di hospital itu lebih baik (awla) dari pulang sahaja ke rumah. Nak buat macam mana kan kalau kerja tak ada? Aku jumpa Tom (intern wad medical) dan bertanya "Anything I can help with today?" sambil menjenguk dari atas meja yang hampir sahaja melebihi paras ketinggianku (aku pendek). Sebelum Tom menjawab persoalan yang dilontarkan aku sudah fikir masak-masak risikonya aku akan dibebankan dengan kerja yang bukan milikku. Tom tersengih, aku lihat dari kejauhan matanya yg biru itu memandang ke atas sambil berkata,"Nah mate, the whole hospital is quiet today. I've only got 10 patients". Lega. Haha. Aku pun terus buat segelas kopi Nescafe panas (boikot) dan beransur ke bilik office. Oh tidak lupa 2 pek biskut dari pantry. Ini aku gelar sebagai minum pagi. Hairan juga aku, mana ada intern dalam dunia ini yang ada masa minum pagi. Kecuali aku? Haha. Jadi kawan-kawan, kerja itu pun satu rezeki. Tak ada kerja tak semestinya bagus kan. Okay, aku pun sambil cicah biskut terus menaip di ruang search, aqil.fithri.humanisme. 2 saat kemudian aku pun mengembaralah dari humanisme komunikatif Habermas dan kemudian kepada Kant dan akhirnya kepada atheisme, Tuhan dan agama. Lepas puas melayan "inquiry of the day", aku pun menyiapkan beberapa kerja2 tertunggak di wad dan beransur pulang lewat jam 4.15. Awalnya aku memilih untuk mendengar Dawud Wharnsby Ali sambil terkial2 menekan Ipod classic aku, tapi kemudian aku pikir, ahhh tukar moodlah, lalu aku pun menapak dengan jeritan bertenaga Claudio Sanchez dalam "No Hope for Tomorrow" lewat bait ini:
"There's a world worth of work, and the need for you. So march to drumming and how them you're coming"
Kerja. Bilakah akan habis?
No comments:
Post a Comment